Terbaru, bunyi misteri dari langit yang dikatakan orang ramai sebagai sura sangkakala telah mengemparkan dunia. Baru-baru ini kejadian alam lain kembali menarik perhatian penduduk dunia.

Rakyat Texas dikejutkan dengan penampakan yang sangat aneh yang biasanya hanya terdapat dalam filem-filem scientific fiction. Salah Seorang penduduk menangkap foto fenomena misteri yang sangat jarang terjadi itu dan berkongsi di forum Reddit.

Selepas itu gambar tersebut tersebar luas ke media sosial dan mendapat reaksi dari banyak pengguna laman sosial. Gambar itu seakan menunjukkan bahawa kejadian itu adalah fenomena alien.

Fakta yang sebenarnya adalah awan itu dipanggil dengan nama awan lenticular yang berbentuk kanta yang terletak di lapisan troposfera dan berada dalam keadaan tegak lurus dengan arah angin.

Awan ini dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Altocumulus Standing Lenticularis (ACSL), stratocumulus Standing Lenticular (SCSL), dan Cirrocumulus Standing Lenticular (CCSL). Tetapi oleh kerana bentuknya yang lain dari awan biasa, mereka akan menganggap ia adalah penampakan Unidentified Flying Object (UFO).

Kesimpulannya kejadian itu sebenarnya adalah perkara biasa dan tidak usah perlu dibimbangkan. Walaupun demikian, awan ini mengundang bahaya kepada penerbangan kerana boleh mengakibatkan pergolakan yang kuat.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here