Jika anda berjalan-jalan di Trinidad, anda mungkin ternampak spesies haiwan yang mirip ular di atas pokok. Namun, perhatikan dengan teliti, adakah ia memang betul-betul ular?

Di kawasan ini terdapat ulat yang kepompongnya kelihatan seakan-akan ular. Ianya adalah dari spesies keluarga rama-rama, Dynastor darius.

Spesies ulat hijau gemuk ini akan mula menutupi tubuhnya dengan lapisan sutera. Mereka yang tidak tahu kewujudan spesies ini mungkin menyangka ia adalah spesies haiwan berbahaya.


Ulat hijau yang makan daun seharian.

Selama 13 hari proses metamorfose, kepompong dihasilkan bertujuan untuk melindungi ulat yang ada di dalam. Bentuknya mirip dengan ular berbisa Gaboon yang merupakan haiwan asal Trinidad.

Ditambah lagi haiwan tersebut yang sering berayun-ayun dengan badan yang meliuk-liuk, sama seperti ular.

Walau dalam keadaan terbungkus, kepompong itu masih lagi boleh merasakan rangsangan dari luar.

Rama-rama Dynastor darius

Selepas 13 hari berlalu, kepompong mirip ular berbisa itu pun berubah menjadi rama-rama. Kewujudnya tidak menakutkan lagi, malah ianyaberubah menjadi seekor rama-rama yang sangat cantik!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here