Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk Secret Recipe kerana tidak mematuhi Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang membabitkan masalah kebersihan dan Good Manufacturing Practice (GMP).

Terbaru, JAKIM mengeluarkan satu kenyataan tentang status halal sebuah restoran sushi terkenal dan tidak asing lagi di negara ini, Sushi King.

JAKIM mengeluarkan kenyataan itu melalui Twitter rasminya, @JAKIM_Official, selepas soalan tentang status halal Sushi King diutarakan oleh seorang pengguna Twitter, @iFaraAidi.

“@iFaraAida Sushi King tiada status halal setakat ini.”, tulis JAKIM di tweet tersebut.

Namun, pihak JAKIM tidak menjelaskan kenapa restoran itu tidak mempunyai status halal.

Menurut FAQ dari Sushi-King.com pula tentang status halal JAKIM mereka, mereka mengakui tidak mempunyai sijil halal. Walau bagaimanapun, dalam hidangan mereka menyatakan hanya menggunakan daging ayam dan lembu yang halal sahaja.

Selain itu, mereka menyatakan yang mereka tidak menggunakan mirin yang mana mengandungi bahan beralkohol dan apa-apa hidangan yang disediakan adalah bukan dari daging babi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here