Meninggal dalam keadaan solat, terutamanya ketika sujud, adalah impian setiap muslim yang beriman. Kerana mati dalam solat dianggap sebagai mati dalam keadaan khusnul khotimah. Orang yang mati dalam khusnul khotimah, insyaallah dipermudahkan jalan untuk ke syurga.

Tetapi tidak semua manusia diberi pilihan untuk mati dalam ketika solat. Ia bergantung kepada amalan dan tahap iman. Sekiranya orang tersebut layak mendapat kematian khusnul khotimah , dengan rahmat Allah maka Allah akan mengizikannya.

Kita mungkin pernah melihat orang yang mati dalam solat, terutamanya ketika sujud. Entah bagaimana rasanya, orang yang mati dalam sujud seolah-olah dia tidak merasakan sakit sakaratul maut. Mereka seperti tertidur dalam sujud dan kemudian meninggal dunia.

Tetapi berbeza dengan kes yang agak menggelikan hati ini. Seorang lelaki dilihat masih sujud apabila jemaah solat Jumaat telah beredar dari masjid. Orang pada mulanya menyangka bahawa lelaki itu mati dalam sujud.

Lelaki itu tidak mati, tetapi tertidur

Tetapi ternyata, lelaki itu tidak mati ketika sujud, tetapi lelaki itu tertidur dalam kedudukan sujud. Dia didakwa telah tertidur ketika khutbah sedang berlangsung. Kerana nyenyak tidur, lelaki itu tidak solat Jumaat. Mungkin tiada siapa yang bangunkan atau mungkin dia sukar bangun.

Apabila solat Jumaat selesai, lelaki itu masih tidur. Tidak hairanlah jemaah-jemaah menganggap dia telah mati. Kemudian dua orang jemaah dilihat cuba untuk membangunkan lelaki itu. Dan pada akhirnya, lelaki itu bangun dengan wajah yang lesu dan rasa malu.

Video tersebut telah dimuat naik ke akaun Instagram @ndorobeii dan segera menjadi tular. Sementara itu, tidak diketahui lokasi di mana video itu diambil.

Semoga kita dapat mati dalam khusnul khotimah. Amin.

Tonton video di bawah:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here