Penjaga gol yang berasal dari kelab Chongqing Lifan, Sui Weijie, telah dikenakan tindakan oleh kelabnya sendiri disebabkan leka menjaga gawangnya ketika perlawanan menentang Liaoning baru-baru ini.

Sui Weijie dikatakan leka dengan minum air dan berehat sewaktu berlaku kemelut di luar kotak penanlti menyebabkan gawangnya dibolos pihak lawan.

Gol itu dijaringkan selepas salah seorang pemain Liaoning melakukan sepakan bebas yang sangat cepat. Dengan mengambil peluang di atas keletihan pemain Lifan, pemain itu menghantar bola ke rakannya dan langsung menendang bola ke gawang yang dibiarkan penjaganya yang sedang minum.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here