Seorang lelaki rakyat Indonesia maut setelah dibaham harimau sewaktu memberi makan haiwan berkenaan di Safari Wonderland, A’famosa Resort, Melaka pukul 5.40 petang semalam.

Menurut sumber, mangsa, Herman yang berumur 38 tahun ditugaskan bagi memberi makan harimau di kandang.

Mangsa cedera parah di kepala akibat dibaham oleh harimau berkenaan di bahagian kepala.

Rakan-rakan sekerja yang berada berdekatan kawasan kejadian segera datang untuk membantu dan mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital Tampin untuk rawatan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di hospital Tampin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here