Program Nothing to Hide iaitu sebuah dialog yang dijadualkan berlangsung pagi ini terganggu selepas tweet oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengarahkan acara itu dibatalkan demi kepentingan keselamatan dan keharmonian negara.

Hadirin yang menunggu dengan penuh harapan menjadi kecewa apabila mendapat berita bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dapat hadir ke program yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra itu.

Pada jam 8:40 pagi, Khalid menulis tweet: 


“Demi ketenteraman awam dan keharmonian masy, @PDRMsia mengarahkan Dialog diatas, di PWTC, Kl pagi ini dibatalkan.”

Berikutan tweet itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed telah dihalang oleh pihak polis untuk memberi ucapan.

Ia menimbulkan kemarahan orang ramai sehingga membawa kepada kekecohan.

Dialog itu dianjurkan oleh Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam).

Ia bertujuan untuk menangani beberapa isu negara, termasuk 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan memberi NGO ruang untuk membincangkan isu-isu ini bersama Najib.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here