Sanibel, FL – Seorang pemancing berjaya menangkap seekor ikan yang sangat besar!

Dalam satu video YouTube, lelaki yang bernama Jon Black yang memancing dalam kayak dilihat sangat teruja selepas umpan khas yang digunakan untuk mendapatkan ikan yang besar sudah terkena.

Selepas beberapa saat bergelut dengan ikan tersebut, Black terkejut kerana tidak menyangka bahawa saiz ikan yang diperolehinya itu sangat besar. Dia kemudian menjerit dalam kegembiraan.


Ikan yang berjaya ditangkap itu adalah 83 inci panjang dan lebih 73 inci ukur lilit. Manakala anggaran beratnya adalah sekitar 552-pound!

Tonton video di bawah:


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here