Foto perkahwinan Felixia Yeap atau nama islamnya Raisyyah Rania Yeap kini sedang berlegar di internet. Dia dikatakan telah pun berkahwin dengan lelaki pilihannya.

Menurut sumber, jejaka pilihan Felixia Yeap ini bernama Dr. Rezal Khairi Ahmad dan bekerja sebagai Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Berhad (sebuah badan di bawah MOSTI).

Tidak beberapa lama dulu, gosip mengenai dia mempunyai hubungan dengan kerabat diraja tersebar menyebabkan Felixia tampil membuat kenyataan di Facebook miliknya menafikan dakwaan itu dan menambah dia masih lagi bujang dan tidak berpunya.

Peminat telah mula memenuhi ruangan komen dengan ucapan tahniah di laman facebooknya. Bukan itu sahaja, ada juga yang menyatakan kesedihan mereka kerana tidak berpeluang memiliki Felixia.

Apa pun, kami mereka berdua kekal sampai bila-bila dan hidupnya sentiasa dicurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan.


Biodata Suami Felixia Yeap

Nama Penuh: Dr. Rezal Khairi Ahmad

Umur: 30

Gelaran: Dr (Doktor Falfasah FHD)

Jawatan: Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Berhad

Asal: Kuala Lumpur

Twitter: https://twitter.com/rezalk23

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here