Zaman sekarang memang banyak laman web yang mempromosikan pakaian dalam talian dengan harga yang murah, jadi tidak hairanlah pembeli ingin memastikan kualiti barangan mereka sebelum melakukan pembayaran

Ada kisah seorang pelanggan yang dapat lebih dari yang dia sangka selepas meminta penjual dalam talian untuk gambar ‘betul’ dari jubah yang dijual. Tetapi apa yang mengejutkan adalah apabila menerima gambar yang agak luar biasa dari penjual tersebut yang menangkap fotonya sendiri sambil menggayakan gaun itu.

Pelanggan meminta untuk hantar gambar sebenar, tapi ini yang dia dapat.

Pelanggan yang tidak dinyatakan nama, yang dipercayai dari UK, menceritakan bagaimana dia membuat pemilihan untuk gaun berjenama Gidion, yang dihantar dari China dan berharga serendah $101 dari AliExpress, seperti yang dilaporkan Daily Mail.

Menceritakan kepada Reddit, dia berkata: “Saya jumpa kedai yang menjual pakaian prom dan gaun pengantin jadi saya meminta foto sebenar dan bukannya gambar yang tersedia dan penjualnya menghantar gambarnya yang sedang mencuba pakaian itu.”

Pelanggan menerima foto penjual yang memodelkan dirinya sendiri.

Dia terkejut apabila penjual lelaki, yang dikenali sebagai Shop739960 Store, memodelkan pakaian tersebut dalam lima warna yang berbeza, dengan pelbagai pose yang berbeza untuk setiap gambar.

Penjual lelaki itu menjadi model bagi kesemua pilihan warna untuk pakaian tersebut.

Penjual dalam talian tersebut menjadi sensasi selepas pelanggan yang terhibur memuat naik foto lelaki tersebut dan mendapat reaksi lebih daripada 500 komen, dengan pengguna Reddit memuji ‘kesunguhannya’ dan membandingkannya dengan ‘puteri Disney’.

Seorang menulis: “Mungkin dia seorang berdedikasi, atau mungkin dia suka mengenakan gaun..”

Seorang pengguna Reddit lain mengatakan: “Saya tak fikir ada yang mengutuknya kerana memakai pakaian. Walaupun begitu, saya fikir yang paling menarik adalah dia memakai warna merah jambu dengan pose yang anggun.”

Ada juga yang menulis: “Saya pilih warna peach. Kalau ada penjual hantar saya ni, 100 peratus saya akan beli lagi.”

Pakaian yang dipakaikan pada mannequin.

Tidak dinyatakan sama ada pelanggan tersebut memutuskan untuk membeli pakaian itu atau tidak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here