JOHOR BAHRU: Putera Mahkota Johor kembali menjawab ancaman bekas menteri undang-undang, Nazri Aziz dalam satu mesej video tanpa menyebut apa-apa tetapi dengan isyarat tangan yang dimuat naik oleh laman Facebook Pasukan Bola Sepak Johor Southern Tigers.

Video 17 saat itu menunjukkan Tunku Ismail Sultan Iskandar sedang duduk santai di atas kerusi, berpakaian baju polo hitam dan seluar pendek.

Video itu dikeluarkan bagi menjawab peringatan Nazri bahawa kerabat diraja tidak sepatutnya terlibat dalam hal-hal politik.

Tunku Ismail yang dikenali oleh TMJ singkatan bagi Tunku Mahkota Johor, telah mengkritik Perdana Menteri Najib Razak kerana tidak hadir ke forum Nothing2Hide di Kuala Lumpur awal bulan ini.

Dalam ucapan yang dipetik oleh Malaysiakini, Nazri telah membuat ancaman yang tersirat dengan berkata “Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah secara lisan) dia”.

Saksikan:


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here