Seorang lelaki mendapat nasib malang apabila tangannya patah sewaktu siaran langsung dalam satu rancangan televisyen realiti di Australia.

Ben Ross, bekas bintang pemain rugbi itu menyertai acara gusti lengan dalam rancangan The Footy Show dengan seorang lagi bintang rugbi, Wendell Sailor yang dipaparkan di kaca televisyen secara langsung.

Lebih menakutkan apabila bunyi tangan Ben yang patah boleh didengari oleh orang ramai yang menyaksikan rancangan itu.

Insiden itu menyebabkan siaran terpaksa dihentikan juga pada saat itu sebelum Ben dihantar ke hospital di Sydney.

Dia kini dilaporkan stabil.

Disebabkan kejadian menggerunkan itu, Wendell memberitahu bahawa dia tidak mahu bergusti lengan lagi kerana serik.

Walau bagaimanapun, Ben memberitahu Wendell agar jangan merasa bersalah atas apa yang terjadi dan dia ingin pertandingan antara mereka diteruskan dengan menggunakan tangan kiri pula nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here