Kemerosotan nilai ringgit ke paras terendah ketika ini dikatakan berpunca daripada kritikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri.


“Isu-isu yang dibawa ke hadapan oleh Dr Mahathir dan disokong oleh pihak-pihak tertentu dikatakan menjadi faktor yang menyumbang kepada pennyusutan nilai ringgit sejak kebelakangan ini,” Utusan Malaysia memetik Ahmad berkata.

Ahmad yang juga MP Pontian semalam merayu supaya bekas PM yang telah lama berkhidmat itu untuk berhenti mengkritik Perdana Menteri Najib Razak.

Ahmad mengulangi kata-kata Gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Aziz bahawa ekonomi Malaysia masih terletak pada asas-asas yang betul berdasarkan rizab yang kukuh, pertumbuhan ekonomi, inflasi terkawal dan kadar pengangguran yang rendah.

Beliau juga mengulangi kenyataan Najib sebelum ini bahawa Najib tidak akan meletak jawatan hanya kerana permintaan seorang individu dan akhirnya rakyat akan mengetahui apa yang dibuat oleh Dr Mahathir tidak mendatangkan sebarang kebaikan dan merosakkan imej dan maruah negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here