Berita palsu rakaman video suara aneh yang dipercayai adalah bunyi trompet dari langit di Kota Kinabalu, Sabah tersebar meluas di internet. Insiden itu kononnya terjadi selepas gempa bumi kedua terkuat berlaku di Ranau, Sabah baru-baru ini. Mengikut sumber, video itu dikatakan dirakam di kawasan perumahan berdekatan Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah. Sehingga sekarang tiada saksi yang boleh memastikan kesahihan rakaman suara tersebut.



Sebenarnya rakaman bunyi misteri di langit itu adalah disunting dari kejadian bunyi misteri dari langit yang berlaku di luar negara. Individu berkenaan dipercayai memainkan semula audio lama tersebut namun hakikatnya tiada bunyi datang dari langit Kota Kinabalu, Sabah.

Audio bunyi pelik dari langit sebenarnya di ambil dari video kejadian yang berlaku di luar negara.

Rujuk video di bawah. Lihat dari minit 1:11 hingga 2:04. Anda boleh menilainya sendiri.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here