Banjir lumpur telah melanda Kampung Mesilau di kaki Gunung Kinabalu lebih kurang jam 3 petang semalam akibat hujan lebat. Bomba menghantar sepasukan anggota ke beberapa tempat untuk membuat pemantauan serta bagi memindahkan penduduk yang terjejas.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, banjir lumpur yang terjadi menyebabkan jambatan utama untuk laluan kenderaan ke Pusat Dakwah Islam Kundasang terjejas. Aliran sungai yang deras dan berlumpur menyebabkan bertambah susah bagi anggota bomba bagi menyeberangi sungai dan membuat operasi memindahkan mangsa.

Di bawah adalah gambar-gambar kejadian banjir lumpur di kaki Gunung Kinabalu Sabah yang dikongsikan dari facebook Informasi Bencana.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here