Seorang nelayan mengalami kerugian kira-kira RM5,611 setelah jaring untuk menangkap ikan miliknya ‘tertangkap’ kapal selam milik Rusia.

Insiden itu berlaku ketika Angus Macleod, 46 sedang menjalankan kegiatan menangkap ikan di kawasan Laut Utara, di perairan Britain.

“Kapal selam itu betul-betul tersangkut di bawah bot saya. Jaring saya rosak apabila kapal selam itu cuba melepasi jaring dan menarik bot saya sekali, namun usaha itu tidak berhasil. 


“Bimbang kalau-kalau kapal selam itu turun lebih dalam yang boleh menyebabkan bot saya musnah, saya bertindak memutuskan tali jaring. Saya tidak pernah mengalami pengalaman seperti ini,” jelas Macleod.



Macleod yang mempunyai pengalaman sebagai nelayan selama 30 tahun itu mengatakan kapal selam itu kemudiannya beredar ke perairan antarabangsa dan turut membawa jaringnya sekali.

Kejadian itu kini disiasat oleh Lembaga Siasatan Kemalangan Marin terutamanya setelah pegawai pantai mengatakan tidak wujud apa-apa kegiatan kapal selam NATO di kawasan berlakunya kejadian itu.

Kementerian Pertahanan tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan insiden itu dengan Kementerian Luar Negara ingin menantikan keputusan siasatan yang dibuat sebelum melakukan apa-apa tindakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here