Sebuah video yang menyenaraikan 51 sebab mengapa Najib Abdul Razak tidak lagi boleh menjadi perdana menteri telah tersebar luas di media sosial.

Sebab-sebab yang disenaraikan termasuk ketidakupayaan untuk menjelaskan isu RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya dan kononnya tidak dapat menjaga isterinya Rosmah Mansor.


Video ini telah diilhamkan dari buku ’50 sebab mengapa Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri ‘yang pernah diterbitkan pada tahun 1998.

Pada masa itu, buku itu telah digunakan sebagai alat propaganda terhadap Anwar, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya dipecat.

Ia tidak dapat dipastikan siapakah yang menghasilkan video terbaru itu tetapi ia telah dimuat naik di Facebook oleh Kelab Che Det, kelab penyokong bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antara senarai sebab kenapa Najib perlu disingkirkan adalah termasuk skandal 1MDB, kejatuhan ringgit, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan, kenaikan kos sara hidup, kenaikan tol, kereta api dan harga elektrik.

Sebab-sebab lain termasuk menggunaan wang untuk mendapatkan sokongan dan tidak memenuhi manifesto BN  pada PRU 13.


Najib sebelum ini telah berkali-kali menafikan sebarang salah laku yang melibatkan sumbangan politik RM2.6 billion dan mendakwa terdapat konspirasi untuk menjatuhkannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here