Seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun terpaksa menanggung derita apabila kelopak matanya tersangkut pada dawai besi berkarat di Taman Bahagia, Tanjung Rambutan, di sini, petang kelmarin.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian jam 6.30 petang itu berlaku apabila Wan NurQaleesya Abdullah dipercayai memanjat pagar berdawai di belakang rumah untuk mengambil selipar adiknya yang dicampak ke luar pagar sebelum dawai besi itu tersusuk di mata kanannya sehingga mengakibatkan pendarahan dan bengkak.

Nenek mangsa, Raja Khatijah Raja Tan, 59, berkata, sewaktu kejadian dia berada di ruang tamu dengan seorang lagi cucu berumur tiga tahun dan dua anak jiran yang diasuh.

“Kebiasaannya saya akan menyuruh cucu berhenti bermain dan masuk ke rumah apabila lewat petang, tapi kali ini dia (Wan NurQaleesya) terlalu seronok bermain di luar dan saya membiarkan dulu.


“Tetapi, apabila mendengar suaranya menangis teresak-esak di belakang rumah, saya terus ke situ dan terkejut melihat besi sudah tercucuk ke matanya dan darah mengalir dengan banyak di pipinya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here