KUALA LUMPUR: Kompleks Kota Raya telah ditutup petang tadi berikutan pergaduhan melibatkan penjualan telefon bimbit.

Difahamkan bahawa pergaduhan yang berlaku pada kira-kira pukul 4:55 petang tadi tercetus apabila beberapa orang pelanggan bersenjata parang kembali ke kedai telefon berkenaan untuk meminta pemulangan wang bagi telefon yang dibeli.

Susulan kejadian itu, pihak pengurusan pusat membeli belah itu memutuskan untuk menutup bangunan itu bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku.

Polis dilihat melakukan rondaan kawasan sekitarnya pada sebelah petang.

Ketika dihubungi, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Datuk Zainuddin Ahmad berkata polis masih lagi menyiasat kejadian itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here