PETALING JAYA: Ketua Wanita Umno Kedah, Maznah Hamid telah mendakwa beliau dan beberapa pemimpin parti yang lain tidak tahu mengenai sidang akhbar yang menyeru penyingkiran Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.

Menurut Sinar Harian Online, Maznah bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Umno Kedah dan ketua bahagian telah dijemput untuk menghadiri satu taklimat tertutup.

Sebagai seorang ketua sayap Umno, Maznah menghadiri mesyuarat itu.

“Namun, apabila kami tiba, tidak ada taklimat tersebut. Sebaliknya kami diminta ke barisan depan untuk menyertai sidang media. “

Beliau mengulas sidang media yang diadakan oleh Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Ahmad Bashah Hanipah yang menggesa penyingkiran Mukhriz sebagai MB.


Antara yang turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom dan ahli parlimen Baling Azeez Rahim.

Dalam sidang akhbar itu, Bashah merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga Presiden Umno, supaya Mukhriz digantikan dengan mendakwa beliau gagal mentadbir kerajaan negeri dengan baik.

Maznah bagaimanapun berkata, kehadiran beliau pada sidang akhbar itu tidak bermakna beliau menyokong gesaan untuk Mukhriz meletak jawatan.

“Saya harap kepimpinan Umno akan membuat keputusan yang rasional. Tidak melakukan apa-apa yang akan membebankan rakyat dan yang tidak akan membawa kebaikan kepada kita. “

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here