Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata alasan yang diberikan untuk menjatuhkan beliau bukanlah sebab sebenar, sebaliknya ia adalah kerana kelantangan beliau mengenai isu-isu tertentu.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang sedang berdepan dengan usaha menggulingkan beliau dari dalam berkata beliau percaya ia adalah berpunca oleh kelantangan beliau mengenai isu-isu tertentu, termasuk kos sara yang hidup.

“Soal rakyat adalah tugas Menteri Besar Kedah, yang dipilih oleh rakyat. Jika ini juga, mereka mahu kacau, apakah sebabnya?

“Tengok, langit pun cerah, tak ada hujan, ribut. Pokok pun tak goyang, tak berani pun. Tiba-tiba nak Tebang pokok.

“Tak pasal-pasal nak mencari pasal. Bukan cari pasal dengan saya tapi dengan rakyat,”

Mukhriz berkata demikian kepada beberapa ratus penyokong di Bangunan Umno Jerlun, Kedah petang semalam.

Beliau berkata, sebab yang diberikan oleh 14 pemimpin Umno yang mahu beliau diturunkan adalah kegagalannya untuk menyatukan kepimpinan dan jentera parti, dan merangka strategi untuk berdepan pilihan raya umum ke-14.

Tambahnya, mereka tidak mempunyai alasan konkrit mengapa mereka telah hilang keyakinan terhadap beliau dan percaya ini bukanlah sebab sebenar mahukan dia digantikan.

Mukhriz lantang bersuara mengkritik mengenai isu-isu yang dibangkitkan rakyat kerana tidak ada jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya.

“(Apa sahaja) saya katakan, saya anggap sebagai gambaran suara rakyat. Saya mendengar aduan daripada orang di kedai-kedai makan dan ketika mesyuarat.

Mukhriz menyentuh mengenai kebimbangan mengenai kenaikan kos sara hidup yang menyebabkan makanan, pakaian seragam sekolah, dan lain-lain menjadi lebih mahal.

Beliau berkata, beberapa orang pernah berkata dia seperti bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga lantang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Mungkin saya salah. Tetapi saya fikir ini adalah sebab-sebab mengapa ada desakan supaya saya dikeluarkan.”

Lihat video kritikan pedas Datuk Seri Mukhriz:


Berani Mukhriz ni, tak takut kena lucut jawatan ke?
Posted by Laman Kongsi on Thursday, January 21, 2016

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here