Dalam usaha untuk menyerang Perancis, pemimpin Nazi, Adolf Hitler, memerlukan senjata yang dengan mudah boleh menembusi kubu konkrit Garis Maginot Perancis yang merupakan satu-satunya halangan fizikal utama antara beliau dan seluruh negara Eropah Barat.

Pada tahun 1941, tukang besi Jerman dan pengeluar senjata Krupp AG mencipta senjata khas untuk Hitler yang dipanggil ‘Gustav Gun’ yang merupakan senjata terbesar di dunia yang pernah digunakan dalam pertempuran pada zaman Hitler.

‘Gustav Gun’ adalah senjata yang sangat besar dan beratnya mencecah 1350 tan dengan laras penembak penembak sepanjang 155 kaki panjang. Ianya adalah senjata pemusnah yang menyumbang kepada kemenangan Nazi menghancurkan pertahanan Perancis dengan mudah ketika perang dunia ke-2.

Menurut ahli sejarah C. Peter Chen, senjata pemusnah tersebut diberikan kepada Nazi secara percuma untuk menunjukkan kerjasama Krupp dalam usaha memenangkan tentera Jerman.

Walau bagaimanapun, selepas digunakan beberapa kali dalam beberapa siri serangan, Nazi menyedari senjata itu mempunyai beberapa kelemahan yang serius.

Antaranya adalah ia memerlukan trek landasan kereta api sendiri untuk digerakkan dan juga memerlukan 2000 orang tentera untuk memastikan senjata itu beroperasi dengan baik.

Jom saksikan bagaimana senjata gergasi ini beroperasi dan tahap kekuatannya dalam sebuah video dokumentari yang dibuat oleh Top Secret Weapons di bawah:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here