KUALA LUMPUR, 22 Jan – Beberapa pemimpin UMNO Kedah semalam telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu krisis kepimpinan di negeri ini.

Mesyuarat itu berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Najib tiba untuk mesyuarat pada 4.45 petang.

Turut kelihatan memasuki dewan itu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharum dan Ketua UMNO Bahagian Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Yang lain ialah Ketua UMNO Bahagian Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid, Ketua UMNO Bahagian Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua UMNO Bahagian Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak menghadiri mesyuarat itu menurut satu mesej teks yang dihantar oleh setiausaha akhbarnya.

Rabu lalu, 14 daripada 15 pemimpin bahagian UMNO Kedah menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Beberapa pemimpin UMNO Kedah enggan mengulas mengenai mesyuarat semalam dengan Najib.


MP 
Sik, Dr Mansor Abd Rahman juga enggan mengulas manakala Abdul Azeez pula berkata, “Tak ada komen, mesyuarat tadi Alhamdulillah.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here