Jepun ada saja cara untuk membuatkan semua orang kagum. Tidak kiralah dari segi budaya, masakan hingga ke kecanggihan teknologi menjadikan Jepun dipandang tinggi oleh semua orang. Ia termasuk perkara-perkara kecil yang dilakukan mereka.

Kadang-kadang idea yang datang dari netizen Jepun sangat kreatif sehingga tidak dapat terlintas di benak fikiran orang lain.

Baru-baru ini viral foto seorang lelaki Jepun yang menggoreng nasi. Tetapi orang yang membuat netizen tertanya-tanya adalah gambar itu yang seolah-olah diambil pada masa yang tepat supaya nasi yang digoreng dalam kuali kelihatan sangat menakjubkan.

Foto yang telah dimuat naik semula oleh beberapa akaun media sosial ternyata pada asalnya dimuat naik oleh akaun @kantamizutamari melalui Twitter.

Foto itu dimuat naik di akaun Twitternya pada 19 Januari, 2019 dan telah menerima lebih daripada 8,000 kicauan, 2,400 reply dan 42 ribu likes pada masa yang singkat!

Setelah disiasat, rupanya foto itu dibuat adalah untuk kandungan saluran YouTubenya. Ya, lelaki yang bernama Kanta ini adalah seorang YouTuber yang terkenal.

Salurannya, bernama Mizutamari Bond, mempunyai sebanyak 3.6 juta subsribers. Manakala foto dari kandungan video ini telah ditonton sebanyak 4.2 juta kali dalam empat hari.

Dalam video itu, Kanta mahu membuat prank kepada rakannya, Tommy. Sebelum ini, untuk menyediakan prank tersebut dia telah membeli terlebih dahulu membeli sesuatu yang kelihatan seperti kuali dan nasi terbang yang memang sebenarnya tidak bergerak.

Pada mulanya Kanta dan Tomy membuat nasi goreng bersama-sama dan kemudian memakannya bersama-sama. Rasa masih kurang, maka Kanta mengambil inisiatif untuk membuat nasi goreng tambahan. Tetapi dengan syarat, Tomy tidak boleh memasuki dapur. Di sinilah lelaki Jepun itu menyiapkan perangkapnya.

Ketika itulah dia meletakkan barang yang dibeli pada awalnya. Apabila rakannya memasuki dapur, dia terkejut. Siapa yang tak terkejut, bila kuali yang dipenuhi nasi goreng persis seperti yang asli. Walaupun ia hanya mainan.

Jika anda ingin tahu selanjutnya mengenaifoto viral yang viral, tonton video di bawah.

 

Tak gering gesi pula baca respon kebanyakan netizen, semuanya kreatif!

Dilambung ombak..
Nasi pakai topi?
Telur paling femes di Instagram pun join sekali…
Troll yang paling femes…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here