Seorang lelaki Afrika Selatan datang ke hospital mengadu sakit perut dan muntah-muntah darah, doktor menyangka bahawa dia mungkin mempunyai ulser. Setelah pemeriksaan x-ray, doktor terkejut melihat punca sebenar kesakitan lelaki itu.

Doktor di Hospital Ngwelezana di Empangeni, Afrika Selatan mendapati bahawa lelaki berusia 25 tahun itu mengalami penyakit yang dikenali sebagai pica yang merupakan gangguan makan menyebabkan seseorang itu ingin menelan benda aneh (bukan makanan).

“Apabila dia mula-mula datang, kami menjangka pesakit itu menghidap ulser kerana beliau muntah darah,” jelas Dr Maheshwar Naidoo.


“Apabila kami melihat x-ray, ternampak objek logam bertindih dan kami terpaksa melakukan pembedahan dengan segera.”


“Operasi ini mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan semua satu demi satu dan membersihkan perut dengan betul,” jelas Dr Naidoo.



Selepas pembedahan, sebanyak 227 objek logam berjaya dikeluarkan termasuk pemutar skru, garpu dapur, duit syiling, kunci dan rantai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here