Satu serpihan yang disyaki bangkai pesawat ditemui di luar pantai selatan Thailand telah menimbulkan spekulasi ia adalah milik Malaysia Airlines MH370 yang hilang hampir dua tahun yang lalu.

Penduduk kampung kemudiannya melaporkan kepada pihak berkuasa untuk membantu mengenal pasti dengan lebih lanjut penemuan di wilayah Nakhon Si Thammarat.

“Penduduk kampung menjumpai serpihan berukuran kira-kira 2 meter lebar dan 3 meter panjang,” katanya kata ketua daerah Pak Phanang, Tanyapat Patthikongpan.

Tiada sebarang pengesahan rasmi bahawa serpihan yang ditemui itu adalah milik MH370.

Patthikongpan menambah bahawa menurut nelayan, serpihan itu mungkin sudah berada di dasar laut tidak lebih daripada satu tahun jika dilihat daripada teritip yang berada di atasnya.”


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here