Petaling Jaya: Menteri Besar Kedah yang baru dikatakan mungkin akan mengangkat sumpah pada akhir bulan ini.

Satu-satunya calon yang akan menggantikan Mukhriz adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menurut satu laporan daripada Utusan Malaysia hari ini.


Memetik sumber akhbar milik UMNO mengenai perkara itu, Ahmad adalah calon terbaik dan berkemungkinan besar untuk menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar.

Sumber itu berkata, pengumuman akan dibuat dengan seberapa segera dalam tempoh dua hari akan datang.

“Terdapat maklumat bahawa majlis angkat sumpah akan diadakan pada akhir bulan ini di Istana Anak Bukit,” Utusan memetik sumber yang tidak dinamakan.

Mukhriz sedang menghadapi penentangan terbuka oleh sesetengah pemimpin Umno Kedah, termasuk wakil-wakil rakyat di peringkat negeri dan persekutuan daripada parti Melayu yang memerintah.

Ahmad mengetuai sidang akhbar pada hari Rabu menggesa penyingkiran Mukhriz dengan mendakwa hilang keyakinan terhadap kepimpinan beliau kerana gagal untuk menyatukan parti dan jentera di Kedah dan kekurangan strategi untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Sumber Utusan berkata penggantian Mukhriz telah dibincangkan dalam mesyuarat tertutup antara pemimpin Umno Kedah dan presiden parti Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur sebelum ini.

Kesemua pimpinan Umno Kedah enggan mengulas kepada media mengenai mesyuarat itu yang menyaksikan Najib meninggalkan selepas kira-kira 40 minit.

Sumber itu berkata Najib akan membuat keputusan mengenai nasib Mukhriz tidak lama lagi.

Penganalisis berpendapat bahawa Mukhriz terperangkap dalam perang proksi antara Najib dan bapanya, yang semakin lantang mengkritik mengenaik isu 1Malaysia Development Bhd dan dasar-dasar kerajaan yang lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here