IPOH: Pekerja kilang yang mayatnya ditemui terapung di bekas lombong Kawasan Perindustrian Kanthan Baru 1, Kanthan Baru, dekat sini, semalam dipercayai dipukul dengan objek tumpul sebelum lemas dalam lombong berkenaan.

Mayat Muhammad Azizul Roslan, 24, ditemui polis pada jam 12.20 tengah hari selepas bapanya, Roslan Salim, 64, menemui motosikal jenis Yamaha Y15 miliknya di lombong berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby, berkata hasil bedah siasat jam 9.30 pagi dan berakhir kira-kira empat jam kemudian, mendapati kematian mangsa akibat lemas berikutan terdapat lumpur pada saluran pernafasannya.

Katanya, bedah siasat turut mendapati terdapat kesan lebam dan pendarahan di dagu serta sisi mata kiri selain kecederaan pada otot dada kanan disyaki dipukul dengan objek tumpul.

“Kita syak kecederaan itu disebabkan objek tumpul seperti kayu, batu atau besi serta akibat tumbukan dan sepakan.

“Ada kemungkinan mangsa dipukul sebelum dia terjatuh atau dicampak ke dalam lombong berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, setakat ini polis masih menyiasat dan belum ada bukti diperoleh serta keterangan diambil bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Roslan berkata pihaknya menyerahkan kejadian yang menimpa anak ketiganya dari empat beradik itu kepada pihak polis bagi mengenal pasti pembunuh anak lelakinya.

“Arwah seorang yang pendiam, tiada musuh, namun sudah ajalnya, kami reda, yang mati tetap akan pergi.

“Sepanjang hayatnya, arwah sering memberi wang kepada ibunya buat belanja, kadang-kadang beri juga pada saya,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, suasana bertukar pilu di perkarangan Jabatan Forensik HRPB apabila ibu mangsa, Jamaiah Zabidin, 51, tidak dapat menahan sebak selepas dibenarkan melihat jenazah anak ketiganya itu.

Beliau menangis teresak-esak sambil dipeluk dan ditenangkan anak bongsunya, Mohd Sahahirman, 23, dan anak sulungnya, Nor Azizah, 27, yang turut menangisi pemergian Muhammad Azizul dalam keadaan tragik.

Jenazah Muhammad Azizul selamat dimandi dan dikafankan di hospital berkenaan sebelum dibawa menaiki van jenazah ke Masjid Al-Tarsawiah, Kampung Trosor, Sungai Siput untuk disembahyangkan.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat Limau, Trosor, sebelum solat Asar, memetik laporan Harian Metro (24/1/2019).

Semalam adiknya memuat naik status mendakwa abangnya dibunuh..

Dipercayai kes samun kerana dompet dan handphone hilang…

Sama-sama kita doakan pelaku ditangkap secepat mungkin, dan agar roh mangsa ditempatkan di kalangan orang-orang beriman…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here