PETALING JAYA: Wisma Putra telah mengesahkan bahawa tiga pelajar Malaysia terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jordan awal pagi Sabtu.

Memetik sumber berita tempatan, kejadian berlaku apabila kenderaan pelajar naiki dilanggar oleh kenderaan lain dari arah bertentangan dalam perjalanan ke satu program pendidikan.

Dua pelajar Malaysia lain cedera dalam kemalangan yang berlaku di Safawi, berdekatan Mafraq di utara Jordan.

Mereka yang terbunuh dalam kemalangan itu telah dikenal pasti sebagai Fatin Ikmal Izyani Che Aziz, Hana ‘Azaha dan Al Majiatun Nailah Mohd Shafie.

Sementara itu, pelajar yang cedera ialah Fatin Nor Syahirah Ramli dan Izam Hasif. Kesemua adalah pelajar tahun ketiga di Universiti Mu’tah.

Kedutaan Besar Malaysia di Jordan dengan kerjasama kementerian kesihatan negara itu sedang mengatur pemindahan pelajar yang cedera dari Hospital Mafraq ke ibu kota

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here