Kuantan: Parit di Kampung Kempadang di sini mencuri tumpuan orang ramai selepas seekor buaya tembaga mula kelihatan di situ sejak dua minggu lepas.

Reptilia yang panjangnya kira-kira dua meter itu dikatakan tersesat ke parit itu kerana limpahan air Sungai Kuala Baru.

Orang ramai berkumpul di tepi parit dan ada juga yang turut memberikan makanan untuk buaya itu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang, Datuk Khairiah Mohd Shariff berkata, saat ini, pihaknya masih dalam usaha untuk menangkap reptilia itu.

“Operasi menangkap reptilia yang bermula malam Jumaat menggunakan tali dengan umpan kulit ayam kini masih tidak berhasil, kita akan terus mencuba dan sekiranya tidak berhasil, kaedah lain akan digunakan.

“Usaha menangkap buaya berkenaan akan terus dilakukan sehingga berjaya kerana reptilia terbabit dianggap berbahaya terutama apabila ia lapar dan terancam,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here