Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak adalah orang yang paling bertuah di dunia kerana menerima derma sebanyak RM2.6 bilion dan seorang yang mulia kerana memulangkan wang derma semula kepada keluarga diraja arab, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Rafizi merujuk kepada kenyataan Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali yang mengatakan bahawa Perdana Menteri bersih daripada sebarang salah laku berdasarkan tiga kertas siasatan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Apandi yang mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPR
M) bagi menutup kertas siasatan mengatakan Najib telah mengembalikan wang tersebut kepada keluarga diraja Arab Saudi pada bulan Ogos 2013 kerana wang itu tidak digunakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here