Lahad Datu: Seorang lelaki yang bekerja sebagai pekerja ladang kelapa sawit di Felda Sahabat 39 cedera parah setelah dia diseorang oleh seekor buaya semasa sedang memancing.

Peristiwa yang terjadi kira-kira pukul 5.30 petang itu, warga Indonesia, Sulle Buriah, 37, bersama anak lelakinya berumur lapan tahun dipercayai sedang memancing di sebuah kawasan takungan air berdekatan Loji Jeragan Bistari di kawasan Felda tersebut.

Sedang dia memancing, tiba-tiba seekor buaya telah menyambar kakinya menyebabkan dia jatuh ke dalam kolam takungan air itu.

Pengurus Ladang FELDA Sahabat 39, Shahalin Barahim berkata, penduduk yang berada di sekitar terus ke tempat berkenaan bagi menyelamatkan mangsa dengan menarik mangsa yang sedang bergelut dengan buaya itu.

“Mangsa yang patah tangan dan mengalami kecederaan di paha kanan dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya dipetik laporan berita tempatan.

Beliau menambah lagi, kolam takungan air itu memang ada buaya tinggal, namun tidak pernah terjadi kes haiwan tersebut menyerang manusia sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here