Video bertajuk “Denali” menceritakan kisah benar yang betul-betul menyentuh perasaan tentang keindahan persahabatan dan kasih sayang oleh seorang lelaki yang bernama Ben dan anjing dan anjingnya yang diberi nama Denali.

Pada pertengahan tahun 2004, Ben telah disahkan menghidap penyakit kanser peringkat 3 kanser. Sepanjang dia mendapatkan rawatan di hospital, Denali tidak pernah meninggalkan dia di sisi walaupun diarahkan keluar. Ben telah menjalani banyak pembedahan, rawatan dan temu janji dengan Denali di sisinya. Anjing itu memainkan peranan besar bagi pemulihan Ben.

Denali kini telah mati ketika ia berusia hampir 15 tahun.

Ikatan persahabatan yang dipaparkan antara lelaki dan anjing tersebut adalah satu perkara yang menakjubkan. Mesej yang paling penting ditujukkan adalah supaya jangan sesekali meninggalkan sahabat kita terutamanya ketika mereka susah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here