Kerjaya sebagai krew penerbangan terutamanya pramugari dan pramugara tidaklah semudah yang disangka. Mereka sentiasa perlu memberikan layanan bagus bagi menyenangkan hati pelanggan di samping perlu memberikan senyuman ketika bertugas.

Satu imej yang disiarkan oleh sebuah portal berita menunjukkan bagaimana pelajar perempuan di Kolej Vokasional Penerbangan Awam Sichuan, wilayah tengah China menjalani latihan untuk memantapkan kemahiran mereka untuk peperiksaan yang akan datang.

Latihan mereka termasuk mengimbangi buku di atas kepala mereka untuk membentuk postur yang baik, meletakkan sehelai kertas di antara lutut mereka sambil dikepit kedua-dua kaki dan mungkin yang paling aneh, menggunakan penyepit makanan untuk menghasilkan senyuman yang ‘sempurna’.

Menurut laporan itu, pelajar dikatakan perlu menguasai kemahiran akrobatik untuk menjadi seorang pramugari.

“Kami bukan sahaja perlu mengimbangi botol di atas kepala selama tiga minit, kami juga perlu terus tersenyum pada masa yang sama untuk menunjukkan gaya elegan seorang krew penerbangan.” pelajar, Zhang Botak berkata.

“Dalam usaha untuk lulus, kami sering berlatih dengan mengimbangi botol dan buku. Latihan ini bukan sahaja untuk peperiksaan itu, malah ia adalah untuk membantu kita menjadi lebih sopan,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here