Saintis memang terkenal dengan menggunakan eksperimen untuk membangunkan teori. Pada tahun 1957, seorang saintis dengan berani menggunakan dirinya bagi melalui satu pengalaman menakutkan dan untuk mendokumenkannya.

Video ini menceritakan cerita luar biasa detik terakhir Dr. Karl P. Schmidt, pakar ular terkenal, selepas beliau telah digigit oleh ular boomslang (Dispholidus typus). Beliau menggunakan hari terakhirnya untuk menceritakan apa yang dirasakannya.

Schmidt meninggal dunia 24 jam selepas gigitan dengan pendarahan teruk pada bahagian mata, buah pinggang, paru-paru, jantung dan otak. Adakah beliau memandang rendah kesan racun itu? Kenapa beliau tidak mendapatkan rawatan antivenom pada tangannya?

Mungkin Schmidt tidak percaya gigitan ular itu akan membawa maut. Beliau mengambil kereta api pulang dari kerja, dan terus merakam kesan racun dalam jurnalnya:

“4:30 – 5:30 PM –  Mual-mual tetapi tidak muntah. Dalam perjalanan ke Homewood menaiki kereta api suburban.

5:30 – 6:30 PM – Sejuk yang teramat diikuti demam 101.7. Pendarahan membran mukus di dalam mulut bermula sekitar 5:30, nampaknya kebanyakannya datang dari gusi.

8:30 AM – Makan dua keping roti bakar susu.

9:00 -12:20 AM – Tidur dengan baik. Kencing pada pukul 12:20 pagi yang kebanyakannya darah tetapi sedikit. Mengambil segelas air pada jam 4:30 pagi, diikuti rasa mual dan muntah yang teruk. Merasa lebih baik dan tidur hingga 6:30 pagi ”

Selepas bangun, Schmidt meneruskan pagi seperti biasa. Beliau makan sarapan pagi dan terus mencatatkan reaksi terhadap racun dalam jurnalnya. Seorang saintis yang ingin tahu sehingga akhirnya..

“26 September. 6:30 AM – Suhu 98.2. Makan bijirin dan goreng telur atas roti bakar dan sos epal dan kopi untuk sarapan pagi. Tiada air kencing dengan satu auns darah setiap tiga jam. Mulut dan hidung terus berdarah, tidak berlebihan. ”

“Berlebihan” adalah perkataan terakhir Schmidt yang dimasukkan dalam jurnalnya. Selepas makan tengah hari, kira-kira pukul 1:30 pagi, beliau muntah dan memanggil isterinya. Ketika bantuan tiba, Schmidt tidak bergerak, dipenuhi peluh, tidak dapat bercakap.

Pada 3 PM, Schmidt disahkan mati akibat “lumpuh pernafasan.”

Racun boomslang bertindak dengan cepat. Hanya .0006 miligram sahaja boleh membunuh seekor burung dalam beberapa minit sahaja. Racun ini menyebabkan pembekuan intravaskular yang merebak, pada asasnya membuatkan mangsa berdarah hingga mati.

Menurut laporan bedah siasat Schmidt, paru-parunya berdarah, matanya berdarah, jantung, buah pinggang dan otaknya berdarah.

The Chicago Daily Tribune melaporkan bahawa Schmidt dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan perubatan beberapa jam sebelum beliau meninggal dunia. Tetapi Schmidt menolak, berkata, “Tidak, itu akan mengganggu simpton.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here