Satu gambar yang viral baru-baru ini membuatkan ramai netizen bersimpati dengan nasib seorang datuk tua yang menangis kerana jualannya tidak laku.


Lelaki yang berbadan kurus tersebut menjaja dagangannya menggunakan gerobak, perhatikan saja wajahnya, tampak kesedihan terpancar di wajah sang atuk dan kemudian tangisan pun muncul di wajahnya.

Kejadian itu menimbulkan banyak reaksi dan simpati dari netizen

“Sabar mungkin hari ini tidak laku lagi semoga hari esok lebih baik. Aku berada di negeri lain, sabar dan tawakal berdoa pada yang kuasa. “, kata Nour Yanti.

Netizen lain juga bertindak balas kerana merasa kasihan ingin memberi wang kepada datuk tersebut:

“Kalau aku ada di situ mungkin aku beri wang untuk meringankan kesedihan datuk itu,” kata Johan Jihan.

Sebelum ini ramai netizen yang menyangka datuk berkenaan berniaga di Indonesia, namun selepas disiasat ternyata lelaki itu berniaga di negara Kemboja. Perkara itu dibuktikan melalui nombor telefon yang terdapat pada gambar dan jenis pengangkutan di foto itu.

Selain itu, di negara Kemboja sendiri datuk ini juga mendapat perhatian dari masyarakat selepas fotonya tersebar luas di media sosial. Pada masa ini jualan pak cik ini laris, bahkan masyarakat Kemboja berbondong-bondong menyumbang pada beliau.

Walaupun gambar ini di Kemboja, namun datuk tua itu boleh menyebabkan setiap orang tersentuh hati apabila melihatnya. Apa yang boleh kita ambil pengajaran adalah si atuk yang sudah tua ini sangat tabah untuk cari nafkah walaupun jualannya tidak laku, bagaimana dengan kita yang masih muda?

Beliau tetap mahu berusaha mencari rezeki dengan berniaga bukan meminta-minta, walaupun situasinya sukar dia tetap tidak berputus asa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here