Bayangkan wujud sebuah kereta ‘sports’ yang menakjubkan yang boleh membaiki sendiri daripada kerosakan dan secara automatik menukar warna.

Ya! itulah apa yang difikirkan oleh seorang pereka dari Sepanyol, Daniel Garcia apabila beliau mencipta konsep reka bentuk yang sangat hebat untuk Audi A9.

Konsep tersebut diinspirasikan daripada reka bentuk bangunan Santiago Calatrava di kampung halamannya di Valencia. Gaya seni bina Calatrava kelihatan sangat moden dan futuristik. Cermin dan bumbung dibuat dari bahan nanoteknologi yang membolehkan auto-pembaikan dan penyesuaian warna.

Bahan ini tidak wujud lagi buat masa sekarang, jadi ia mungkin akan mengambil masa yang lama sebelum kita benar-benar dapat melihat sesuatu seperti ini dicipta. Idea ia kedengaran hebat, bukan?




Gambar oleh Daniel Garcia.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here