Sebuah video yang dimuat naik di Instagram oleh Jeff Sandhu telah viral yang menunjukkan seekor burung unta berlari di sebuah lebuh raya semalam.


“Saya melihat burung unta berlari dari stesen bas di Universiti Malaya ke arah Lebuhraya Persekutuan dan banyak kenderaan berhenti untuk melihat apa yang terjadi,” katanya.

Burung unta itu dilaporkan ditangkap pada kira-kira 4:15 petang dan dikembalikan kepada pemilik ladang burung unta, Ostrich Wonderlands di Semenyih.

Chow berkata Chickaboo melarikan diri dari tingkap Toyota Hilux itu semasa dalam perjalanan ke ladang.

“Dia biasanya duduk diam-diam dalam Hilux, dia tidak pernah cuba untuk melompat keluar sebelum ini. Tetapi kali ini, dia melompat keluar dari tingkap dan berlari.

Kejadian itu menarik perhatian ramai pengguna laman sosial termasuk Syarikat telefon bimbit Huawei yang juga antara yang terawal menggunakan burung unta dalam pengiklanan di facebook mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here