PETALING JAYA: Seorang pelancong wanita cedera selepas lebih 50 pemandu teksi menyerang kereta Uber yang dinaiki di KL Sentral kelmarin.

Menurut China Press, kejadian itu berlaku pada pagi Isnin apabila pasangan dari Iran baru sahaja tiba di Malaysia dan memilih untuk menggunakan perkhidmatan Uber.

Lebih daripada 50 pemandu teksi yang “bersembunyi” di KL Sentral menyerang mereka sebaik sahaja mereka memasuki kereta Uber.

Pemandu teksi bertindak menggunakan batu untuk memecahkan tingkap kereta setelah menarik keluar pemandu Uber dan pasangan itu dari kereta.

Menurut laporan, pelancong wanita yang cedera telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Kes itu telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah untuk siasatan, kata Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Nazri Hussain.

“Selagi mangsa boleh membuktikan suspek sengaja melakukannya, polis akan menyiasat dan tidak akan melepaskan pihak berkenaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here