(Foto: neopress.in)

Matahari boleh dikatakan sebagai sumber kehidupan semua makhluk hidup di bumi. Dengan adanya matahari, bumi kita ini jadi terang di siang hari. Sinar matahari juga berperanan penting untuk tumbuhan dan juga manusia terus hidup.

Namun apa yang akan terjadi jika seandainya matahari tiba-tiba menghilang dalam seminggu? Kejadian matahari menghilang pasti dialami setiap belahan dunia ketika malam hari, tapi itu hanya beberapa jam sahaja sebelum sinar matahari muncul kembali.

Tapi apa jadinya seandainya matahari menghilang begitu saja, agak-agak apa yang akan terjadi pada bumi jika ditinggalkan matahari selama satu minggu sahaja? Berikut ulasannya seperti dipetik Laicikang.com dari Science How Stuff Works.

1. Suhu jadi sangat sejuk


(Foto: jilloutside.com)


Perkara pertama yang pasti berlaku apabila matahari menghilang ialah bumi akan menjadi gelap gelita dan suhu akan menjadi sejuk. Walaupun begitu, bumi tetap terus berputar pada paksinya walaupun tanpa adanya matahari.

Suhu bumi akan turun menjadi sekitar 0 darjah Fahrenheit jika matahari tidak muncul selama seminggu. Dengan suhu begitu, tentu udara akan terasa sangat sejuk, namun perkara itu belum cukup untuk membekukan manusia atau makhluk hidup lainnya.

2. Sumber makanan hilang

(Foto: melaniebornschein.de)

Tidak ada matahari bermakna tidak akan ada fotosintesis, proses di mana tumbuhan mengubah sinar matahari menjadi tenaga. Jika tanaman tidak boleh berfotosintesis, maka tanaman akan layu dan mati yang bererti haiwan akan kehilangan makanannya.

Dengan kata lain, manusia akan kehilangan punca makanan yang sebahagian besar datang dari tumbuhan dan daging.

3. Bumi melayang tanpa orbit

(Foto: theinertia.com)

Dan kesan terbesar dari menghilangnya matahari dalam seminggu bukan berada di permukaan bumi, melainkan di luar angkasa. Pada masa yang sama bumi terus berputar dan ia juga mengorbit mengelilingi matahari.

Matahari memberikan tarikan graviti pada semua planet di sistem solar kita. Tanpa graviti, tentu planet hanya akan terapung tanpa orbit dengan kemungkinan akan melanggar komet, meteor ataupun planet lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here