(Foto Nextshark.com)


Sebuah video yang menunjukkan seorang siswi Jepun sedang diintai oleh seorang juru kamera telah tular di kalangan netizen Negara Matahari Terbit itu.


Ini kerana ada perkara aneh sekaligus sangat melucukan di sebalik gadis sekolah yang sedang diintai tersebut.

Pada awal video kelihatan si jurukamera merakam gadis sekolah itu dari belakang. Si jurukamera boleh didengar cuba bercakap dengan gadis itu sambil mendekatinya. Namun nampaknya gadis itu mengabaikan sapaan si jurukamera.


Terus d
iabaikan, si jurukamera cuba semakin mendekati gadis itu seolah berusaha untuk menangkap perhatiannya. Namun alangkah terkejutnya si jurukamera ketika tahu siapa sebenarnya gadis sekolah itu.

Lihat dulu videonya di bawah ini untuk mengetahui kebenarannya:

JKに声かけてみた pic.twitter.com/xUIo9sA1Y6

— エーデルワイス門田樹 (@kadotaitsuki) 25 Juli 2017


Si jurukamera menjadi terkejut ketika mendapat tahu bahawa gadis itu sebenarnya adalah seorang lelaki yang sedang menyamar jadi siswi sekolah. Lebih-lebih lagi, dia menyamar sambil berjalan dengan kedudukan terbalik ataupun mundur ke belakang.

Terus saja rakaman video ini membuat ramai netizen tertawa. Sementara itu, menurut SoraNews24 seperti dikutip Nextshark, video ini dipercayai pertama kali dimuat naik oleh akaun Twitter @kadotaitsuki. Haa, jangan lupa share biar diorang terkena jugak! Haha.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here