(Foto: Mirror)

Buaya dan ikan jerung sama-sama dikenali dengan reputasinya sebagai pemangsa buas. Jadi apa yang terjadi jika kedua-dua pemangsa ini bertarung?

Pertarungan dua pemangsa inilah yang disaksikan dua orang warga Perth, Australia Barat ketika sedang memancing di perairan bandar itu.

Christian Kennedy dan Jadranko Silic berkata mereka berada di atas bot apabila mereka memutuskan untuk melemparkan beberapa potongan ikan dari bot.

Sisa-sisa ikan ini mengundang beberapa ekor ikan jerung yang berputar-putar untuk menikmati makanan percuma itu.

Namun, pesta jerung itu tidak berlangsung lama apabila seekor buaya katak bertubuh besar datang menyertai jerung-jerung itu.

Seketika dapat dilihat seperti buaya besar itu lebih berminat dengan makanan sebenar dan bukan sisa-sisa ikan yang dilemparkan ke laut.

Pada mulanya buaya itu dengan sabar menunggu sehingga kedua-dua lelaki tersebut melemparkan seekor ikan ke dalam air.

Malangnya, ikan yang dilemparkan itu terus disambar seekor jerung sehingga kesabaran si buaya menunggu hanyalah sia-sia.

Mungkin, aksi jerung yang merebut ikan yang akan menjadi santapannya itu membuat si buaya marah dan terus menyerang jerung tersebut.

Pertarungan berlangsung beberapa saat sebelum buaya itu berenang menuju hutan bakau sambil mengheret jerung di mulutnya.

“Saya sudah beberapa kali melihat buaya dan ikan jerung dalam alam liar, tetapi saya belum pernah menyaksikan seekor buaya memangsa ikan jerung,” kata Kennedy kepada The West Australian.

“Semua orang sangat takjub kerana ini bukan pemandangan yang biasa anda saksikan setiap hari,” tambah dia,” tambah Kennedy.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here