Dunia telah menghindari peperangan antara kuasa besar sejak tahun 1945, walaupun Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet hampir tercetus (perang) beberapa kali semasa Perang Dingin.

Dan dalam dua dekad pertama selepas kejatuhan Tembok Berlin yang menandakan berakhirnya Perang Dingin, ia kelihatan hampir tidak dapat dibayangkan bahawa akan berlaku Perang Dunia III.

Tetapi beberapa pemerhati menganggap bahawa titik konflik secara pantas boleh berubah pada bila-bila masa. Terutama pada masa kini, dengan kuasa China, serta perang proksi Rusia dan Iran di Timur Tengah yang semakin meningkat, kestabilan perintah antarabangsa mungkin merosot dan konflik global akan kembali.

Memetik laporan AS The National Interest (18/1/2019), profesor kunjungan di United States Army War College dan pensyarah senior di Patterson School of Diplomacy and International Commerce, Robert Farley, meramalkan empat lokasi kemungkinan Perang Dunia III jika tercetus pada 2019. Berikut ulasannya:

1. Laut China Selatan

Laut China Selatan telah menjadi sebahagian daripada perselisihan antara China dan beberapa negara Asia Selatan dan Tenggara, dengan beberapa negara Barat, seperti Amerika Syarikat dan Britain, turut terlibat dalam ketegangan di rantau maritim kaya minyak dan salah laut yang menjadi laluan kapal tersibuk di dunia.

Sehingga kini, masih tidak berlaku ketegangan yang tinggi antara Amerika Syarikat dan China di Laut China Selatan.

“Bagaimanapun, apabila hubungan antara kedua-dua negara merosot, satu atau dua perkara yang disebabkan oleh perang perdagangan yang semakin keruh, kedua-dua negara mungkin melakukan tindakan yang melampaui undang-undang,” kata Farley.

“Jadi, jika China dan Amerika Syarikat menyimpulkan bahawa hubungan perdagangan mereka (yang telah menjadi asas bagi pertumbuhan ekonomi global sejak dua dekad yang lalu) adalah dalam risiko yang besar, dan juga menyimpulkan bahawa konflik lebih lanjut tidak dapat dielakkan, salah satu dari negara itu mungkin memutuskan “untuk mengambil langkah tegas di Laut China Selatan,” kata Farley.

2. Ukraine

Pada akhir tahun 2018, Ukraine menjadi perhatian dunia apabila berlaku tembak menembak, penangkapan dan penahahan dua kapal ronda Ukraine oleh Rusia di Selt Kerch, Laut Azov, Crimea.

Tidak jelas sama ada ia dimulakan oleh Rusia atau Ukraine (dua-dua kerajaan dilihat memainkan peranan), namun pemintasan itu menimbulkan ketegangan dalam krisis yang telah membara selama beberapa tahun terakhir ini. Pengisytiharan undang-undang tentera oleh kerajaan Ukraine membayangkan kemungkinan berlaku pencerobohan Rusia di Ukraine.

3. Teluk Parsi

Krisis politik dan tentera yang berpanjangan di Timur Tengah telah menjadi perhatian dunia. Tekanan ekonomi terhadap Iran terus meningkat, kerana Amerika Syarikat mengambil langkah-langkah yang lebih agresif untuk mengurangi perdagangan.

Peperangan di Yaman juga tidak menunjukkan tanda-tanda surut. Begitu juga dengan Syria. Kedua-dua Amerika Syarikat dan Rusia, kedua-duanya tetap komited untuk berjuang dengan rakan-rakan dan proksi mereka.

Selain itu, kegawatan politik di Iran boleh menimbulkan ketidakstabilan di rantau Teluk Parsi. Ketegangan antara Kurdish, Turki, Syria, dan Iraq, boleh menjadi pencetus konflik pada bila-bila masa.

4. Semenanjung Korea

Tidak ada ragu-ragu lagi bahawa ketegangan di Semenanjung Korea telah banyak menurun pada tahun lalu, kerana Kim Jong-un menunjukkan ‘kesabaran’ untuk membuat ujian peluru berpandu nuklear dan balistik, dan Presiden Donald Trump telah mengurangkan retoriknya yang keras terhadap Korea Utara. Dan sememangnya, peluang untuk perdamaian yang berkekalan dilihat lebih cerah sekarang daripada beberapa tahun sebelum ini.

Tetapi masalah serius masih wujud apabila Presiden Trump telah mempertaruhkan prestijnya dalam perjanjian dengan Korea Utara.

Namun, Pyongyang menjawab dengan mengatakan bahawa mereka tidak akan menangguhkan, atau bahkan memperlambat, penghasilan senjata nuklear dan peluru berpandu balistik.

Penasihat Presiden Trump tahu dan tidak senang dengan penentangan ini. Jika Trump tidak senang dengan Kim, sekiranya unsur-unsur dalam pentadbiran cuba merosakkan perjanjian itu, atau jika Kim tidak senang dengan Trump, hubungan antara Washington dan Pyongyang boleh merosot dengan cepat.

Selain itu, Farley berkata bahawa kedua-dua negara (China dan Jepun) juga tidak bersetuju sepenuhnya dengan perdamaian antara Korea Selatan dan Korea Utara, apatah lagi ditambah dengan Korea Utara yang mempunyai nuklear, walaupun alasan mereka untuk skeptisisme sangat berbeza.



LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here