Sisik ikan Arapaima (Foto: Wikipedia)

Sungai Amazon adalah sungai paling besar di bumi ini dan terkenal kerana banyak makhluk-makluk bersaiz gergasi hidup di dalamnya. Contohnya seperti anaconda, belut elektrik, ikan piranha dan banyak lagi.

Haiwan sungai seperti piranha, anaconda, dan belut elektrik mungkin sudah biasa dijumpai di Sungai Amazon, namun masih banyak lagi hidupan besar lain yang menghuni di sungai ini. Oleh sebab itu, Steve Townson dan kawannya membuat keputusan untuk memancing bagi mendapatkan ikan bersaiz gergasi di Sungai Amazon.

Usaha mereka pun membuahkan hasil apabila mereka berjaya memperolehi ikan bersaiz besar. Ikan itu dari spesies Arapaima yang boleh membesar sehingga 2 meter panjang dan berat sehingga 200kg.

Menurut saintis, Arapaima dikatakan adalah berasal daripada keturunan ikan purba yang pernah hidup 250 juta tahun lalu.

Arapaima adalah di bawah kategori haiwan karnivor kerana makanannya ialah ikan yang lebih kecil darinya. Ikan ini dikatakan hanya hidup di Sungai Amazon dan tasik berhampirannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here