BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menelefon Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bagi mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana menghantar pasukan memadam kebakaran dan trak untuk membantu Israel memadamkan kebakaran.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada hari Sabtu  berkata Netanyahu menghargai orang-orang Yahudi dan orang-orang Arab yang telah ‘membuka’ rumah mereka untuk mangsa-mangsa kebakaran, lapor agensi berita Xinhua.

Netanyahu dan pemimpin sayap kanan pada Jumaat lalu telah menuding jari kepada orang-orang Arab Israel.

Pada hari Ahad baru-baru ini, Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin menghantar lapan trak memadam kebakaran melalui Gunung Gilboa untuk membantu Israel melawan api besar-besaran di Haifa yang telah memakan kira-kira 9880 ekar tanah dan menyebabkan pemindahan satu perempat daripada penduduk di bandar ini.

Palestin juga telah menghantar dua trak lain dari Ramallah untuk membantu memadamkan kebakaran di penempatan yahudi di Tebing Barat Halamish.

Greece, Cyprus, Rusia, Croatia, Turki dan Itali juga telah menghantar pesawat untuk membantu Israel dalam usaha untuk melawan kebakaran itu.


Pakar berkata keadaan cuaca 
kering yang luar biasa dan berangin telah menyebabkan api semakin marak yang berlaku pada hari Selasa dan merebak ke separuh daripada negara itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here