Membaca tajuk post saja pasti membuatkan anda semua tertanya-tanya apakah sebab seluar dalam lelaki di jual di dalam kotak, tapi kenapa tidak seluar dalam wanita?

Tetapi, satu soalan ini boleh jadi banyak jawapannya. Walaupun ia adalah logik akal semata-mata, anda perlu menerima kerana ini adalah jawapannya.

Anda sudah bersedia untuk mengetahui jawapannya? Baiklah.

1. Strategi Pemasaran

Lelaki memang biasa kita dengar tabiat mereka yang suka memakai pakaian yang sama berulang kali. Jadi, jika ia dijual secara berselerak, ada kemungkinan mereka hanya mengambil sehelai sahaja, namun jika dijual di dalam kotak, nak tak nak mereka perlu mengambil satu kotak yang kebiasaanya mengandungi 3 helai atau lebih.

Bebeza pula dengan wanita, jika seluar dalam mereka dijual di dalam kotak, sudah pasti mereka hanya mengambil satu kotak sahaja kerana satu kotak biasanya mengandungi pelbagai warna. Tetapi jika dijual berasingan, mereka akan mendapat lagi banyak pilihan dan mungkin merasakan bahawa 5 helai sahaja belum tentu cukup!

2. Memilih

Wanita sangat gemar memilih, sementara lelaki pla sudah cukup sekadar tengok saiz sahaja yang tertera di kotak seluar dalam.

3. Warna dan Ciri-Ciri Seluar Dalam

Selain daripada warna, tidak ada apa-apa yang lain lagi yang boleh menarik perhatian lelaki.

Namun jika seluar dalam wanita diletak di dalam kotak, ada kemungkinan yang mereka akan buka kotak-kotak tersebut untuk memeriksa jenis kain yang sedap dipakai atau yang serap peluh, jadi kemungkinan ia boleh mendatangkan marah pada tuan kedai.

4. Pemalu

Jika dibandingkan dengan wanita, lelaki mempunyai sifat malu yang lebih tinggi. Jadi seluar dalam yang diletakkan di dalam kotak menjadi solusi kepada masalah lelaki yang pemalu! (Eh betul ke ni?)

Semua keempat-empat jawapan di atas mendapat undian yang tinggi di facebook. Apa pendapat anda, setuju?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here