Arab Saudi mempunyai suhu udara yang panas sepanjang tahun. Jadi sangat mustahil jika ada salji turun di wilayah Arab. Tetapi hakikatnya, baru-baru ini salji kembali turun lagi di Arab Saudi.

Salji kelihatan menutupi padang pasir pasir di tengah dan barat laut Arab Saudi selepas suhu udara di sana turun pada bawah sifar darjah Celsius. Sebelum ini, fenomena sama juga pernah berlaku di Arab pada awal tahun 2016 lalu.

Menurut laman Al Arabiya, Selasa (29/11), lapisan salji nipis beralaskan tanah menutupi pusat bandar Shakra dan barat laut kota Tabuk. Sementara di bandar Tabarjal, suhunya mencapai negatif 3 darjah Celsius, dan di Al-Quryat suhunya mencapai negatif 1 darjah Celsius.

Profesor Abdallah al-Musanad, profesor sains iklim di Universiti Qassim, mengatakan kepada Al Arabiya bahawa hujan lebat dijangka akan terus turun di seluruh barat, timur dan tengah Arab Saudi hujung minggu ini.

Polis memberi amaran kepada pemandu untuk berhati-hati ketika memandu saat hujan turun dan jangan mengharungi air banjir.

Pada April tahun lalu, seramai 18 orang terbunuh di Arab Saudi kerana banjir selepas hujan lebat berlaku. Sehingga kini, masih belum ada penjelasan menganai fenomena salji turun di kawasan padang pasir Arab Saudi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here