(Rakaman menunjukkan motosikal cuba mengatasi lalu lintas yang perlahan)

Satu rakaman video mengejutkan di muat naik yang menunjukkan dua lelaki yang menaiki motosikal terlanggar belakang kereta yang rosak di sebuah lebuh raya.

Klip itu menunjukkan kesan impak yang sangat dahsyat apabila penunggang motosikal itu ‘mendarat’ di belakang kereta, manakala penumpang motosikal itu pula tercampak sejauh sekurang-kurangnya 65 kaki.

(Penumpang motosikal tercampak apabila bertembung dengan kereta rosak yang berhenti di lorong kanan)

Kemalangan mengerikan ini berlaku di Seletar Expressway di Singapura, mangsa dilaporkan adalah rakyat Malaysia, Danny Raj Muniappan dan R. L. Trivikram.

Pada awal video, motosikal yang ditunggang mangsa dapat dilihat bergerak dari kiri ke kanan lalu lintas untuk cuba melewati kereta yang bergerak lebih perlahan.

Tetapi apabila penunggang itu bertukar lorong paling kanan, dia tidak dapat melihat kereta berhenti, yang dilaporkan telah rosak.

Pembonceng itu dilihat tercampak dari motosikal, manakala penunggang motosikal itu ‘mendarat’ di belakang kereta putih.

Penunggang dan pembonceng motosikal yang masing-masing berusia 24 tahun dan 21 tahun itu dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat. Kedua-duanya mengalami kecederaan kaki dan dipercayai masih berada di hospital, memetik laporan The Star (21/7/2017).

Pemandu kereta, Manster Wirman, merakam keseluruhan insiden kemalangan itu melalui dashcamnya – dan rakaman itu telah menyebabkan orang ramai berkongsi pendapat melalui media sosial mengenai siapa sebenarnya yang salah.

(Pembonceng dapat dilihat terbang ke udara kerana impak yang kuat)

Seorang pengguna, Said Achmad, mengatakan: “Saya rasa penunggang motosikal mungkin menyangka kereta itu bergerak. Mungkin mereka tidak sedar bahawa kereta itu telah rosak sehinggalah ia sudah terlambat. ”

Sementara itu, jurucakap polis tempatan berkata: “Pada 24 Julai 2017, polis telah dimaklumkan mengenai kemalangan yang melibatkan kereta dan motosikal di sepanjang SLE ke arah BKE sebelum Lentor Avenue Exit.

“Penunggang motosikal lelaki berusia 24 tahun dan pembonceng lelaki berusia 21 tahun itu tidak sedarkan diri ketika dihantarkan ke Hospital Khoo Teck Puat.

“Siasatan polis masih berjalan.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here