Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama telah membuat permohonan maaf kepada umat Islam yang tersinggung dengan kenyataan beliau yang berkaitan dengan ayat al-Quran.

“Saya mahu memohon maaf kepada umat Islam atau orang lain yang merasa tersinggung. Saya tidak pernah berniat untuk menghina Islam atau al-Quran,” kata Ahok.

Beberapa pertubuhan membuat laporan polis terhadap Ahok, mengatakan beliau menghina agama islam.

Ahok berkata beliau bukan anti Islam dan menyebut beberapa dasarnya untuk menunjukkan beliau juga memberi manfaat kepada umat Islam seperti permit bagi sekolah-sekolah Islam, menyediakan Kad Jakarta Pintar (KJP) kepada pelajar dan membina sebuah masjid di Kompleks Dewan Bandaraya.

Beliau berkata dalam ucapan yang dibuat di Kepulauan Seribu pada 27 September, ketika beliau menyebut Surah al-Maidah, ayat 51, penduduk tidak rasa terhina.

“Mereka juga ketawa sambil mendengar,” katanya.

Bekas pemangku Timur Belitung katanya kesal kerana kenyataan yang telah menimbulkan kontroversi tersebut dan berharap isu itu tidak lama lagi akan berakhir.

Dalam sebahagian daripada ucapannya, Ahok berkata, “… Jadi jangan percaya sama orang, kan boleh aja dalam hati kecil bapak ibu nggak boleh pilih saya, ya kan. Dibohongin pakai surat al Maidah 51, macem-macem itu. Itu hak bapak ibu, jadi bapak ibu perasaan nggak boleh pilih nih kerana saya takut masuk neraka, dibodohin gitu ya …”


Tonton video di bawah:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here