Pelakon bintang Hollywood yang terkenal dengan melakonkan aksi seni mempertahankan diri , Jean-Claude Van Damme, mengatakan bahawa dia mengikuti contoh Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atasnya) ketika ditanya tentang pemakanan sihat.

“Nabi Muhammad adalah sangat pintar, dia tahu apa yang baik untuk masa depan, tentang tubuh badan,” kata Van Damme ketika bercakap kepada MBC.

Beliau bukan sahaja mengikuti cara hidup Rasulullah, namun juga menyeru supaya peminat-peminatnya bagi membuktikan sendiri kelebihan meniru cara hidup Rasulullah.


Menurut beliau, apa yang diperlukan untuk memastikan kesihatan tubuh badan sudah ada dalam ajaran mengenai pola pemakanan sihat yang ditunjukkan oleh Rasulullah.

Pelakon berusia 56 tahun itu adalah seorang pelakon dari Belgium yang juga penulis skrip, penerbit filem dan pengarah yang terkenal dengan aksi seni mempertahankan diri.

Kesihatan dan kebersihan menjadi perkara yang sangat ditekankan dalam Islam dan tiada tandingan dengan mana-mana agama lain.

Banyak hadis-hadis Nabi Muhammad menunjukkan bahawa Islam sangat menitikberatkan dengan mendalam tentang kesihatan diri dan kebersihan.

Makanan halal dimakan bukan sahaja oleh 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia, tetapi juga oleh sekurang-kurangnya 500 juta orang bukan Islam.

Umat islam hanya makan daging daripada ternakan yang disembelih oleh pisau yang tajam dari leher mereka, dan dengan memulai dengan menyebut nama Allah.

Umat islam juga tidak boleh makan daging babi dan menganggap babi dan daging mereka kotor dan tidak sihat untuk dimakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here